
Dalam kenyataan, universiti itu memaklumkan pemeriksaan turut dijalankan di kampus Subang Bestari di Damansara, Shah Alam.
Menurutnya, pihak universiti sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, pemilik mahupun pengurusan bangunan untuk mengenal pasti punca insiden berkenaan.
“Bangunan yang terlibat akan kekal ditutup sehingga siasatan rasmi selesai,” katanya.
Terdahulu, dilaporkan seorang kontraktor yang sedang mengikuti latihan industri maut, manakala sembilan lain cedera dalam kejadian letupan melibatkan pemampat pendingin hawa di universiti tersebut.
Ibu Pejabat Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan, berkata pihaknya mendapati berlaku letupan semasa penyelenggaraan di tingkat empat Help University melibatkan bilik pemampat pendingin hawa.
Katanya, pasukan Hazmat juga turut menjalankan kerja-kerja mengenalpasti dan mengesan kebocoran gas di lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kewujudan gas berbahaya dikesan.