
Kerjasama itu membabitkan firma tempatan Revenue Discovery dan pakar runding pengurusan kualiti dari Indonesia PT Wahana Kendali Mutu (WKM) yang dimeterai, baru-baru ini.
Selain modul latihan hibrid, pihak terbabit akan melaksanakan projek transformasi digital menekankan pendekatan pengurusan berasaskan data yang fokus utama kerjasama mengintegrasikan metodologi peningkatan produktiviti dengan sistem digital moden bagi membantu organisasi meningkatkan kecekapan operasi dan daya saing.
Pengarah Urusan Revenue Discovery Muhammad Syahmi Sadan berkata kerjasama itu selari dengan keperluan pasaran semasa yang menuntut penyelesaian berskala dan mampan.
“Melalui kolaborasi ini, kami bukan sekadar menawarkan teknologi, sebaliknya menyediakan penyelesaian menyeluruh disokong disiplin operasi terbukti berkesan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah WKM Damayanti berkata gabungan kepakaran kedua-dua organisasi itu mampu memberi nilai tambah khususnya dalam usaha membina daya saing jangka panjang.
“Pendekatan ini membolehkan organisasi bukan sahaja menambah baik proses dalaman, malah membangunkan keupayaan lebih mampan,” katanya.