
Pengkritik lantang skandal tersebut menyeru rakyat supaya berdamai dengan emosi masing-masing berhubung kes itu.
“Saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing. Damailah kita dengan emosi itu. Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan,” katanya.
Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun, dan denda RM11.387 bilion, ke atas bekas perdana menteri Najib Razak, yang didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB.
Menyusuli keputusan mahkamah, Rafizi berkata seseorang rakyat berhak untuk bersetuju atau tidak apabila menilai perkembangan kes tersebut, namun perlulah dalam garis undang-undang.
Najib akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah, pada Isnin.
“Apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung,” katanya.
“Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini.”
Sementara itu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, berkata keputusan mahkamah tidak memadamkan khidmat, kasih sayang, dan komitmen sepanjang hayat kepada rakyat.
“Kita terus berharap, kita terus cekal,” katanya dalam di media sosial sebelum hukuman dijatuhkan.