SPRM siasat bekas menteri berkait kelulusan projek di wilayah persekutuan

SPRM siasat bekas menteri berkait kelulusan projek di wilayah persekutuan

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang sahkan perkara itu berkata beberapa individu berkepentingan akan dipanggil bantu siasatan.

macc sprm
SPRM masih menyiasat kaitan antara bekas menteri berkenaan dengan syarikat-syarikat terlibat serta mendapatkan dokumen berkaitan
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap seorang bekas menteri berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa hampir sedekad lalu, susulan penemuan petunjuk baharu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan siasatan tersebut dan berkata agensi antirasuah itu akan memanggil beberapa individu berkepentingan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan bekas menteri terbabit.

Sementara itu, sumber SPRM berkata siasatan tertumpu kepada kelulusan projek di wilayah persekutuan yang melibatkan nilai jutaan ringgit.

Katanya, siasatan merangkumi pembinaan papan pengiklanan serta pemindahan sebidang tanah milik kerajaan kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.

SPRM juga masih menyiasat kaitan antara bekas menteri berkenaan dengan syarikat-syarikat terlibat serta mendapatkan dokumen berkaitan, kata sumber tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.