
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Kuantan dan PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian, Maran, yang beroperasi sejak 17 Dis lepas, masing-masing ditutup pada 2 petang dan 1.30 tengah hari tadi.
Sementara itu, PPS SK Pulau Manis, Pekan ditutup pada 9 pagi tadi selepas dibuka pada 18 Dis, lapor Bernama.
Laman web infobanjir melaporkan, setakat 4 petang ini, paras Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan dan Sungai Keratong di Kampung Rekoh, Rompin melepasi tahap bahaya.
Hujan lebat berterusan minggu lepas mengakibatkan beberapa daerah di Pahang dilanda banjir, dengan mangsa yang dipindahkan ke PPS direkodkan lebih 13,000 orang.