
MOM memaklumkan Norza akan mengetuai persiapan bagi Sukan SEA ke-34 yang bakal dianjurkan Malaysia pada 2027.
Majlis serah tguas berlangsung semasa upacara penutup di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok. Bekas presiden, Pimol Srivikorn, menyerahkan bendera SEAGF kepada Norza melalui CEO persekutuan, Chaiyapak Siriwat.
Bendera diterima oleh Menteri Belia dan Sukan, Taufiq Johari, yang juga mempengerusikan jawatankuasa penganjur Sukan SEA Malaysia.
Norza menyatakan Malaysia memikul tanggungjawab penganjuran Sukan SEA 2027 dengan komitmen tinggi bagi memperkasakan gerakan Olimpik di Asia Tenggara, berpandukan piagam dan peraturan persekutuan.
Tambah beliau, kerajaan persekutuan bersama-sama kerajaan Sarawak, Pulau Pinang, dan Johor komited untuk menyajikan temasya Sukan SEA yang gilang-gemilang.
Norza, yang turut memegang jawatan naib presiden Majlis Olimpik Asia bagi Zon Asia Tenggara, dilihat memperkukuh pengaruh Malaysia dalam arena sukan melalui kepimpinan beliau di peringkat serantau dan antarabangsa.