
“Transit perkapalan yang melalui Selat Hormuz menurun sebanyak 95.3% sejak 28 Feb lalu, manakala harga komoditi makanan meningkat 6% dan harga minyak mentah untuk Eropah melonjak 53%,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric kepada pemberita di ibu pejabat PBB di New York.
Dujarric merujuk tarikh AS dan Israel mula melancarkan serangan besar-besaran di seluruh Iran, yang mendorong Tehran bertindak balas dengan serangan peluru berpandu dan dron, selain mengumumkan penutupan laluan perairan penting itu.
Selat Hormuz antara laluan tenaga paling kritikal di dunia, dengan kira-kira satu perlima bekalan minyak global melaluinya setiap hari, sebelum perang tercetus.
Laluan perairan itu berdepan gangguan sejak awal bulan lalu selepas tercetus perang.
Konflik itu kini terhenti sementara di bawah gencatan senjata, manakala usaha diplomatik diteruskan bagi mencapai persetujuan berkekalan.
Di sebalik gencatan senjata itu, Presiden AS, Donald Trump mengenakan sekatan terhadap semua kapal yang menuju ke atau dari pelabuhan Iran, ketika Tehran terus memintas kapal melalui selat berkenaan tanpa kelulusannya.