Media sosial lebih 8 juta pengguna dianggap berdaftar mulai 1 Jan

Media sosial lebih 8 juta pengguna dianggap berdaftar mulai 1 Jan

SKMM berkata ini pengetepian formaliti di bawah undang-undang bagi memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar beroperasi dalam kerangka perundangan Malaysia.

social media
Ia termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.
PETALING JAYA:
Semua penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet di Malaysia yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna dianggap berdaftar sebagai pemberi perkhidmatan aplikasi (ASP) mulai 1 Jan ini, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ia termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

SKMM berkata, pengetepian formaliti pendaftaran di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu bagi memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar beroperasi dalam kerangka perundangan serta kawal selia negara.

“Pendekatan ini juga selaras kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang dikuatkuasakan 1 Jan lalu bagi mengukuhkan akauntabiliti serta pematuhan terhadap undang-undang Malaysia.

“Inisiatif ini juga bagi memastikan semua platform terlibat memikul tanggungjawab lebih jelas terhadap keselamatan pengguna, khususnya dalam melindungi kanak-kanak dan keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, langkah itu tidak akan menjejaskan operasi global penyedia perkhidmatan dan ia sejajar amalan antarabangsa mengawal selia platform dalam talian berskala besar.

“SKMM akan terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memperkukuh keselamatan dalam talian, terutama kanak-kanak serta keluarga demi manfaat semua pengguna di Malaysia.”

Maklumat terperinci pelaksanaan peruntukan deeming boleh diperoleh di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.