
Setiausahanya Khairul Shahril Idrus berkata SPR menerima pemakluman rasmi pada 8 Dis lalu daripada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul dan Speaker DUN Sabah Kadzim M Yahya berhubung kekosongan luar jangka dua kerusi itu.
“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah yang memperuntukkan bahawa kekosongan luar jangka kerusi itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan SPR.
“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 16 Dis yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR Ramlan Harun,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, mesyuarat itu akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK Parlimen Kinabatangan dan PRK DUN Lamag seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan persiapan-persiapan lain.
Tambahnya, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut berakhir.
Bung, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah, pada 5 Dis lalu.
Pada PRN Sabah 29 Nov lalu beliau mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.
Pada PRU 2022, Bung turut mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan yang dipegangnya selama lima penggal dengan majoriti 4,330 undi.