Kerajaan berjaya sedia 511,544 rumah mampu milik, kata menteri

Kerajaan berjaya sedia 511,544 rumah mampu milik, kata menteri

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata jumlah itu melepasi sasaran 500,000 unit ditetapkan di bawah RMK12.

ppr
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata antara negeri paling banyak dibina rumah mampu milik adalah di Lembah Klang, Selangor dan Johor.
PETALING JAYA:
Kerajaan berjaya menyediakan menyediakan 511,544 unit rumah mampu milik setakat 30 Sept lalu sekali gus melepasi sasaran 500,000 unit ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata jumlah itu merangkumi unit telah siap, sedang dalam pembinaan serta telah memperoleh kelulusan merancang.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pemaju swasta, selain pelaksanaan reformasi perumahan Madani yang diumumkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 20 Nov lepas.

“Pencapaian ini antara yang memberangsangkan. Belum pernah ada kerajaan terdahulu berjaya mencapai sasaran ditetapkan.

“Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjadi kerajaan pertama mencipta sejarah bukan sahaja mencapai, tetapi melepasi sasaran membina 500,000 unit rumah mampu milik,” katanya yang dipetik Bernama dalam satu program Johor Bahru.

Beliau berkata antara negeri paling banyak dibina rumah mampu milik adalah di Lembah Klang, Selangor dan Johor.

Menurutnya, KPKT telah menyelamatkan 1,333 projek sakit dan terbengkalai, melibatkan hampir 160,000 unit rumah di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.