
Semakan boleh dibuat melalui pautan sistem ePLKN 3.0, menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan.
Semua pelatih yang mendapati terpilih diwajibkan mengesahkan kehadiran menerusi sistem ePLKN 3.0 selewat-lewatnya pada 25 Dis ini bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran dan pentadbiran.
Bagi siri latihan berikutnya, JLKN memaklumkan pengumuman akan dibuat secara berperingkat dan bakal pelatih diminta supaya sentiasa peka terhadap makluman di saluran rasmi jabatan itu untuk melakukan semakan dari semasa ke semasa.
“Kehadiran pelatih yang terpilih adalah wajib dan kegagalan melapor diri tanpa alasan munasabah boleh dianggap sebagai ingkar arahan serta dikenakan tindakan di bawah Seksyen 18 (1) Akta Latihan Khidmat Negara,” menurut kenyataan itu.
PLKN 3.0 Siri 1 2026 akan berlangsung dari 17 Jan hingga 3 Mac di dua kem Askar Wataniah (AW), iaitu Rejimen 515 (AW) Kuala Lumpur dan Rejimen 505 (AW) Pekan, Pahang. Sebanyak empat siri latihan PLKN 3.0 dijadualkan sepanjang 2026.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Unit Pelatih, Sektor Latihan JLKN menerusi talian 03-4013 (sambungan 3612/3613/3614/3604/3603/3626) atau laman sesawang rasmi jabatan berkenaan.