
Mereka adalah Fairuz Renddan (Pintasan), Rina Jainal (Kukusan), Maijol Mahap (Bandau) dan Jordan Jude Ellron (Tulid).
Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri memaklumkan kesemua wakil rakyat terbabit telah mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan di hadapan Yang di Pertua Negeri Musa Haji Aman di Istana Seri Kinabalu.
Wakil rakyat dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mengangkat sumpah adalah Joniston Bangkuai (Kiulu), Ruddy Awah (Pitas), Isnin Aliasnih (Klias), Samad Jamri (Labuk), Limus Jury (Kuala Penyu) dan Ruslan Muharam (Lumadan)
Hendrus Anding (Tandek), Jonnybone J Kurum (Telupid), Juil Nuatim (Limbahau), Ben Chong (Tanjong Kapur), Dr Andi MD Samsureezal (Tanjung Batu) dan Ceasar Mandela Malakun (Adun dilantik)
Adun Bingkor Mohd Ishak Ayub, satu-satunya wakil rakyat dari Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dilantik ke jawatan itu meskipun Presidennya Jeffrey Kitingan mahu kekal sebagai pembangkang.
Tiada wakil Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai pembantu menteri walaupun bersama dalam kerajaan GRS Plus itu.