Sofia bebas selepas reman tamat

Sofia bebas selepas reman tamat

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata wanita itu dibebaskan dengan jaminan agensinya.

Sofia Rini Buyong direman empat hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes dakwaan pemberian rasuah oleh ahli perniagaan Albert Tei kepada bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
PETALING JAYA:
Sofia Rini Buyong, wanita dikaitkan dalam video tular perbualan bersama ahli perniagaan, Albert Tei dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tempoh remannya tamat hari ini.

“Reman tamat hari ini dan tidak disambung. (Dibebaskan) dengan jaminan SPRM,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menurut Harian Metro.

Sofia ditahan malam Khamis lalu selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM. Dia kemudian direman empat hari bermula Jumaat lalu hingga hari ini.

Wanita itu ditahan bagi membantu siasatan kes dakwaan pemberian rasuah oleh Tei kepada bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi mendapatkan semula wang yang diberikan kepada Adun Sabah.

Tei sebelum ini mendakwa Sofia adalah proksi Shamsul, namun dinafikan wanita itu.

Shamsul, yang juga ketua PKR Melaka, meletak jawatan sebagai setiausaha politik kanan perdana menteri Selasa lalu selepas mendakwa terdapat usaha menggunakan kontroversi untuk menjatuhkan reputasinya dan imej kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.