Siasatan kes serangan wartawan sukan masih berjalan, kata polis

Siasatan kes serangan wartawan sukan masih berjalan, kata polis

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadli Marsus berkata polis menyiasat semua aspek untuk mengesan seorang lagi suspek yang terlibat dengan kes itu.

Haresh Deol
Wartawan kanan dan pengasas bersama portal Twentytwo13, Haresh Deol diserang oleh dua individu ketika memasuki keretanya di Bangsar pada Selasa lalu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Siasatan kes serangan terhadap wartawan sukan Haresh Deol masih berjalan kerana seorang lagi suspek masih bebas, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Fadli Marsus.

Fadil berkata siasatan sedang dijalankan dari semua aspek untuk mengesan suspek yang terlibat dengan kes itu.

“Siasatan masih berjalan. Seorang suspek telah didakwa dan saya akan memaklumkan perkembangan nanti.

“Polis sudah mengambil banyak kenyataan daripada semua pihak yang terlibat, selain semua bukti yang ada,” katanya kepada pemberita pada satu majlis di IPK Lumpur hari ini.

Haresh, seorang wartawan kanan dan pengasas bersama portal Twentytwo13, diserang oleh dua individu ketika memasuki keretanya di Bangsar pada Selasa lalu.

Seorang lelaki berusia 37 tahun kemudian mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menyerang Haresh.

R Krishnan, bersama seorang lagi suspek yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu di luar premis Tanjung Balai Group di Jalan Telawi 3 pada 25 Nov.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.