BN sedia bekerjasama dengan parti sehaluan bentuk kerajaan Sabah

BN sedia bekerjasama dengan parti sehaluan bentuk kerajaan Sabah

Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata parti itu sentiasa mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

zahid hamidi
Zahid Hamidi berkata BN masih mempunyai asas sokongan yang teguh dan terus menjadi salah satu blok politik penting. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Barisan Nasional (BN) bersedia bekerjasama dengan parti-parti yang sehaluan bagi membentuk kerajaan baharu Sabah selepas PRN hari ini, kata Pengerusi Zahid Hamidi.

Secara tidak rasmi, BN menang sembilan kerusi daripada 45 DUN ditandingi iaitu Bengkoka, Usukan, Bongawan, Liawan, Sook, Lamag, Sukau dan Kunak.

“Keputusan ini membuktikan bahawa BN masih mempunyai asas sokongan yang teguh dan terus menjadi salah satu blok politik penting dalam landskap politik Sabah.

“Sebagai sebuah parti sentiasa memberikan keutamaan kepada soal kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, BN bersedia bekerjasama dengan parti sehaluan bagi membentuk sebuah kerajaan baharu untuk kestabilan politik Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata rakyat Sabah diseru mengekalkan keamanan, perpaduan dan rasa hormat terhadap proses demokrasi sedang berlangsung.

“Perjalanan Sabah ke hadapan memerlukan iltizam semua pihak dan BN akan terus memainkan peranan yang konstruktif bagi memastikan negeri ini terus melangkah ke arah kemajuan dan kemakmuran.

Setakat ini, tiada satu parti mendapat majoriti mudah 37 DUN untuk membentuk kerajaan Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.