
Ini susulan sekeping gambar tersebar menunjukkan beberapa Adun berbincang di kafe sebuah hotel, manakala beberapa yang lain secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati di media sosial.
Ketika ditemui di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Adun Klias Isnin Aliasnih, yang turut dilihat dalam gambar yang tersebar itu berkata, segala-galanya boleh dibincangkan.
“Kami teguh sokong ketua menteri, malah (Adun) bebas pun bersama kami,” katanya, lapor The Star.
“Tiada sebarang langkah sedang diatur. Cuma ada perbincangan tentang BN jadi sebahagian kerajaan negeri, tetapi itu perkara kecil yang boleh diselesaikan. Keadaan terkawal.”
Sementara itu, di media sosial, Adun Pantai Dalit Jasnih Daya meluahkan, “Demi maruah saya, keluarga dan penyokong saya, ‘no’ BN.”
Tangkapan skrin mesej yang dilaporkan menunjukkan Adun Tempasuk Arsad Bistari nyata kesediaan menentang BN menjadi sebahagian kerajaan turut tersebar, manakala siaran media sosial lain daripada kumpulan awam menyatakan bahawa seluruh Sabah ‘telah tertipu’.
Jemaah Menteri Sabah yang dianggotai GRS, Upko, Pakatan Harapan dan BN mengangkat sumpah hari ini.
Terdahulu pada sidang media, Timbalan Ketua Menteri I Dr Joachim Gunsalam mengesahkan BN dan PH secara rasmi bersama GRS membentuk kerajaan negeri.