Gerakan antirasuah gesa isytihar harta diperluas kepada pegawai politik

Gerakan antirasuah gesa isytihar harta diperluas kepada pegawai politik

Rasuah Busters berkata pengisytiharan terhad kepada wakil rakyat sahaja tidak memadai bendung skandal rasuah.

bribery rasuah
Malaysia akan terus berdepan skandal rasuah selagi pengisytiharan harta tidak secara menyeluruh, menurut Rasuah Busters.
PETALING JAYA:
Sebuah gerakan antirasuah menggesa pengisytiharan harta turut meliputi pegawai dari pimpinan politik bagi mengelakkan skandal rasuah.

Rasuah Busters berkata langkah itu tidak boleh terhad kepada wakil rakyat semata-mata, sebaliknya semua pemimpin politik serta penjawat awam di peringkat tertinggi.

“Malaysia akan terus berdepan skandal rasuah yang memalukan selagi mana pengisytiharan harta, deklarasi konflik kepentingan dan pengisytiharan pemilik benefisial tidak secara menyeluruh.

“Bukan sahaja kepada wakil rakyat tetapi harus merangkumi semua pegawai pemimpin politik,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan gerakan itu menyusul perkembangan baharu termasuk membabitkan bekas setiausaha politik kanan perdana menteri Shamsul Iskandar Akin.

Shamsul yang juga ketua PKR Melaka, meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim selepas menyedari ada cuba menggunakan kontroversi itu untuk menyerangnya, yang boleh menjejaskan imej kerajaan.

Ahli perniagaan yang terpalit kontroversi, Albert Tei, mendakwa beliau telah membelanjakan lebih RM600,000 untuk Shamsul, termasuk membayar kos pengubahsuaian hartanah yang dikaitkan dengannya.

Selain membeli cerut premium dan sut tempahan khas, selepas kononnya diyakinkan bahawa beliau boleh mendapatkan kembali wang yang disalurkan kepada ahli politik di Sabah.

Tei turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp yang menunjukkan Shamsul didakwa pernah meminta mata wang asing sebelum ke luar negara.

Shamsul kemudiannya membuat laporan polis terhadap Tei. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.