
Berita Harian memetik sumber sebagai berkata, individu itu akan didakwa 8.30 pagi esok.
Sebelum ini, dilaporkan dua individu termasuk bekas pembantu khas kepada Ahli Parlimen Seputeh itu direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sekitar RM500,000, sebagai balasan membantu meluluskan dana projek.
Mereka disyaki melakukan perbuatan itu pada 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai hampir RM1.5 juta, membabitkan pembekalan ‘interactive smart board’ kepada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.
Dua bekas pegawai Kok, Edmund Teoh dan Ng Yoot Kuen, antara 18 individu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.
Teoh menafikan dakwaan meminta dan menerima rasuah, serta mendakwa bahawa tuduhan tersebut bermotifkan politik dan tidak berasas.
Beliau berundur daripada jawatannya dalam DAP dan menarik diri daripada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Mac 2025. Sebelum ini, Teoh merupakan setiausaha publisiti DAP Kuala Lumpur.
Kok dilaporkan berkata, beliau telah menyuarakan kebimbangan pada November 2024 mengenai rasional di sebalik permintaan dan pembekalan papan putih pintar oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.