Bekas ketua pegawai penerbangan MAHB dilantik CEO AirBorneo

Bekas ketua pegawai penerbangan MAHB dilantik CEO AirBorneo

Pelantikan Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkuat kuasa 1 Jan depan.

Megat Ardian Wira Aminuddin
Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin sebelum ini pegang jawatan ketua pegawai penerbangan dan strategi MAHB. (Gambar Facebook)
KUCHING:
Bekas ketua pegawai penerbangan dan strategi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu AirBorneo berkuat kuasa 1 Jan depan.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi AirBorneo Holdings Sdn Bhd yang juga Setiausaha Kerajaan Sarawak Mohamad Abu Bakar Marzuki.

“Betul, beliau (Megat Ardian) akan melaporkan diri mulai 1 Jan 2026. Kami telah bersetuju untuk menerima beliau sebagai CEO AirBorneo Airlines,” katanya selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SarawakPass dan MyDigital ID di Bangunan DUN Sarawak hari ini.

Pengesahan daripada Mohamad Abu Bakar itu menamatkan spekulasi mengenai penyertaan Megat Ardian dalam keluarga AirBorneo.

Sebelum ini, media melaporkan Megat Ardian dijangka menyandang jawatan itu, mengambil kira pengalaman luas dan latar belakangnya dalam bidang penerbangan.

Februari lepas, kerajaan Sarawak secara rasmi mengambil alih MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) dan menjenamakannya semula sebagai AirBorneo, sebagai sebahagian usaha memperkukuh rangkaian mobiliti udara dan meningkatkan kesalinghubungan di negeri itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.