Mahkamah tolak permohonan Albert Tei untuk prosiding komital terhadap Hajiji

Mahkamah tolak permohonan Albert Tei untuk prosiding komital terhadap Hajiji

Albert Tei fail permohonan dakwa kuasa imigresen digunakan untuk halang kemasukannya ke Sabah, seterusnya halang kehadirannya dalam perbicaraan kes rasuahnya.

Brenndon Keith Soh Albert Tei
eguam Besar Sabah, Brenndon Keith Soh, kata permohonan Albert Tei tidak berasas kerana permohonan dengan merujuk kepada A52 adalah salah dan tidak selaras dengan undang-undang.
PETALING JAYA:
Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu menolak permohonan ahli perniagaan, Albert Tei, untuk memulakan prosiding komital terhadap Ketua Menteri Sementara, Hajiji Noor.

Peguam Besar Sabah Brenndon Keith Soh berkata hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir membuat keputusan itu selepas mendengar hujah beliau dan peguam Tei, Edward Paul.

Tei, yang merupakan watak utama dalam dakwaan skandal perlombongan Sabah, memfailkan permohonan bawah Aturan 52 (A52) Kaedah 3, Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) untuk membuat tuntutan terhadap ketua menteri atas dakwaan menghina mahkamah.

Dia membuat dakwaan bahawa kuasa imigresen negeri telah digunakan untuk menghalang kemasukannya ke Sabah, seterusnya menghalang kehadirannya dalam perbicaraan kes rasuahnya.

Pihak ketua menteri bagaimanapun berhujah, A52 hanya terpakai pada prosiding sivil dan bukan prosiding jenayah, sebagainya diperuntukkan bawah Aturan 1 Kaedah 2(2) KKM, menurut kenyataan.

“Oleh itu, permohonan tersebut adalah tidak berasas kerana permohonan Tei dengan merujuk kepada A52 adalah salah dan tidak selaras dengan undang-undang,” katanya.

Pihak ketua menteri turut berhujah bahawa peguam negara persekutuan yang mempunyai kawalan dan arahan terhadap semua pendakwaan dan prosiding jenayah, berdasarkan Perkara 145(3) Perlembagaan dan Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah.

“Oleh itu, Tei sebagai seorang tertuduh dalam prosiding jenayah di mahkamah lain bukanlah pihak yang layak untuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah di mahkamah yang berasingan, kerana peranan tersebut terletak pada timbalan pendakwa raya dalam prosiding jenayah tersebut,” katanya.

Pihak ketua menteri turut berhujah bahawa permohonan oleh Tei difailkan dengan niat jahat, dan merupakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah, yang sama sekali tidak mempunyai asas fakta atau undang-undang.

“Keputusan ini menegaskan prinsip undang-undang bahawa bidang kuasa penghinaan Mahkamah tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya atau bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan pentadbiran keadilan yang sewajarnya,” katanya.

Ketua menteri diwakili Soh bersama Roland Alik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.