AmBank mohon maaf kejadian lelaki disimbah air

AmBank mohon maaf kejadian lelaki disimbah air

Bank kata pengawal keselamatan dalam video itu kakitangan penyedia perkhidmatan luaran, namun bertegas seseorang individu tidak patut dilayan sebegitu rupa.

Ambank taman maluri
Tangkap layar video tular di media sosial, memaparkan seorang lelaki yang sedang tidur disembur air.
PETALING JAYA:
AmBank memohon maaf susulan video tular memaparkan seorang lelaki dipercayai gelandangan disimbah air dan ditendang di luar cawangan Taman Maluri.

Bank itu berkata ia amat sedih dan mengambil berat kejadian tersebut, menegaskan seseorang individu tidak patut dilayan sebegitu rupa.

Video memaparkan lelaki yang sedang tidur di laluan pejalan kaki berhampiran cawangan itu disembur air oleh seorang pengawal keselamatan. Seorang lagi lelaki kemudian menendangnya, membuang barang-barangnya dan menyimbahnya dengan air.

AmBank menjelaskan pengawal dalam video itu kakitangan penyedia perkhidmatan keselamatan luaran yang dilantik oleh bank, manakala lelaki kedua dipercayai seorang tukang kasut yang tidak berpuas hati dengan mangsa.

Bagaimanapun, semua kakitangan bank, termasuk vendor dan rakan kongsi dikehendaki menunjukkan kelakuan profesional tertinggi, katanya.

Ambank menambah ia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, dan tidak mahu perkara ini berlaku lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.