Itu video lama, polis nafi dakwaan pergaduhan di Hospital Bukit Mertajam

Itu video lama, polis nafi dakwaan pergaduhan di Hospital Bukit Mertajam

Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail berkata tiada sebarang insiden pergaduhan atau perhimpunan bantah kuil di Hospital Bukit Mertajam, semalam.

gaduh di hadapan Hospital Bukit Mertajam
Tangkap layar video tular yang menunjukkan pergaduhan didakwa di hadapan Hospital Bukit Mertajam.
PETALING JAYA:
Polis Pulau Pinang menafikan penularan sebuah di media sosial yang mendakwa berlaku pergaduhan di hadapan Hospital Bukit Mertajam semalam.

Ketuanya Azizee Ismail berkata video berkenaan sebenarnya rakaman lama berlaku pada 2023 dan tidak mempunyai kaitan dengan kejadian semalam.

Tambahnya, semakan polis juga mendapati tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku di kawasan hospital tersebut.

“Semalam hanya berlangsung perarakan keagamaan dan upacara sembahyang tahunan (Thiruvilla),” katanya kepada FMT.

Azizee berkata perarakan keagamaan itu berjalan lancar dan selesai sekitar 11.30 malam tanpa sebarang gangguan ketenteraman awam.

Terdahulu, tular sebuah video dikongsi beberapa personaliti di media sosial yang menunjukkan pergaduhan didakwa di hadapan Hospital Bukit Mertajam.

Penularan video itu dilatari dengan rancangan pihak tertentu yang mahu mengadakan perhimpunan untuk membantah kewujudan kuil berhampiran hospital terbabit.

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer turut membuat laporan polis berhubung hantaran Facebook yang mendakwa ada rancangan untuk merobohkan sebuah kuil Hindu di hadapan Hospital Bukit Mertajam.

Beliau yang juga pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang mendakwa pendakwah bebas Zamri Vinoth telah memuat naik kandungan bersifat provokasi yang mampu mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.