
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kandungan berkenaan yang dipercayai dimuat naik semula sehingga mencetuskan kegusaran serta ketegangan dalam kalangan masyarakat.
“Berdasarkan siasatan awal, dipercayai individu yang terlibat merupakan seorang warga Singapura dan insiden tersebut juga dipercayai berlaku di Singapura.
“Sehubungan itu, SKMM bekerjasama dengan platform media sosial terlibat, khususnya Threads, Facebook dan TikTok, bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil termasuk menyekat penyebaran serta akses terhadap kandungan berkenaan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, sebarang penyebaran kandungan yang menyentuh sensitiviti agama serta berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk negara ini merupakan satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan semula kandungan tersebut,” katanya.
Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada SKMM melalui pautan https://aduan.mcmc.gov.my atau kepada polis untuk tindakan lanjut.