Warga emas rugi RM700,000 usai dihubungi ‘sarjan’

Warga emas rugi RM700,000 usai dihubungi ‘sarjan’

Wanita usia 75 tahun dakwa dihubungi seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai 'sarjan' memaklumkan dirinya terkait jenayah.

scammers
Polis berkata suspek mendakwa kad pengenalan mangsa mempunyai rekod kesalahan jenayah penipuan dan wang haram sebelum talian disambungkan kepada individu lain.
KUCHING:
Seorang wanita warga emas 75 tahun kerugian RM706,000 akibat sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai polis dan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Ogos lalu.

Ketua Polis Kuching, Alexson Naga Chabu, berkata mangsa mendakwa dihubungi seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai ‘sarjan’ pada 28 Ogos semasa berada di rumah, memaklumkan dirinya terkait jenayah.

“Suspek mendakwa kad pengenalan mangsa mempunyai rekod kesalahan jenayah penipuan dan wang haram sebelum talian disambungkan kepada individu lain.

“Mangsa seterusnya berhubung menerusi WhatsApp dan diarahkan memindahkan wang ke dua akaun syarikat kononnya bagi siasatan BNM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson berkata, mangsa sedar ditipu selepas menceritakan kejadian itu kepada rakan lalu membuat laporan polis.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.