
Beliau berkata, jumlah itu termasuk remaja sudah berkahwin dan hamil luar nikah, dengan kira-kira 50% ialah orang Melayu, Iban (11%), Orang Asli Semenanjung (9%), Cina (5%), India (3%) dan baki etnik lain.
“Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tempoh 2020-2024, seramai 16,951 remaja 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin hamil direkodkan di fasiliti kerajaan dalam tempoh berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) berhubung jumlah remaja hamil tanpa nikah mengikut kaum dari 2020 hingga kini dan apakah langkah bagi mencegah serta mengatasi masalah itu.
Nancy berkata, pihaknya bersama pelbagai kementerian sedang melaksanakan intervensi menyeluruh meliputi pendidikan kesihatan reproduktif, kaunseling, advokasi serta sokongan komuniti bagi mengekang isu remaja hamil luar nikah.
“Antara inisiatif itu termasuk membangunkan dasar dan pelan tindakan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial untuk meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat bertanggungjawab serta berdaya tahan.”
Beliau berkata, kementeriannya akan melancarkan Dasar keluarga Negara dan pelan tindakan keluarga negara baharu sebagai usaha memperkasakan keluarga untuk kestabilan sosial.
“Usaha membendung isu kehamilan remaja luar nikah ini wajah digembleng bersama semua pihak demi masa depan generasi muda kita yang lebih sejahtera.”