Kastam rampas arak lebih RM2 juta

Kastam rampas arak lebih RM2 juta

Rampasan hasil pemeriksaan ke atas tiga kontena yang ditahan pada 16 Okt.

LIQUOR WINE ARAK ALCOHOL
Pemeriksaan kastam menemukan 116,952 tin bir import dalam kontena dan sindiket didapati membuat pengisytiharan palsu dengan mengikrarkan dagangan sebagai ammonia bikarbonat.
BUTTERWORTH:
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas minuman keras bernilai RM2.71 juta termasuk cukai yang cuba diseludup masuk melalui Pelabuhan Barat Klang, Selangor, bulan lalu.

Pengarah JKDM negeri, Rohaizad Ali, berkata rampasan itu hasil pemeriksaan sepasukan pegawai Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang ke atas tiga kontena yang ditahan ketika tiba di pelabuhan pada 16 Okt.

“Hasil pemeriksaan menemukan 116,952 tin bir import dalam kontena. Sindiket didapati membuat pengisytiharan palsu dengan mengikrarkan dagangan sebagai ammonia bikarbonat bagi mengelirukan JKDM,” katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal, hari ini.

Rohaizad berkata, pemeriksaan mendapati kontena itu berasal dari negara di Asia Timur dan diimport oleh sebuah syarikat tempatan di Cheras, Kuala Lumpur serta dikendalikan oleh syarikat perkapalan antarabangsa yang mempunyai anak syarikat di ibu negara.

Siasatan lanjut termasuk untuk mengenal pasti pihak terlibat masih dijalankan mengikut Seksyen 52(1), Seksyen 52(3) dan Seksyen 52(4) Akta Kastam 1967.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.