Adun Morib dilantik setiausaha Bersatu Selangor

Adun Morib dilantik setiausaha Bersatu Selangor

Pelantikan itu menyusul dua ketua bahagian dipecat semalam.

Rosnizan Ahmad dilantik sebagai setiausaha Bersatu Selangor yang baharu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bersatu Selangor melantik Adun Morib, Rosnizan Ahmad, sebagai setiausaha negeri dalam barisan kepimpinan utama yang baharu.

Ketua Bersatu Selangor, Azmin Ali, mengumumkan Rosnizan menggantikan Suhaimi Mohd Ghazali, yang dipecat keahlian.

Beliau turut mengumumkan Adun Sungai Kandis, Wan Dzahanurin Ahmad, yang juga ketua bahagian Kota Raja, sebagai ketua penerangan baharu menggantikan Mohd Shukor Mustaffa, yang turut dipecat.

Sementara itu, Ketua Bahagian Kapar, Jumiah Jonet, dilantik sebagai bendahari serta Adun Bukit Melawati, Noorazley Yahya, sebagai pengarah komunikasi strategi media baharu Bersatu Selangor.

“Bersatu Selangor yakin, barisan kepimpinan baharu ini akan membawa semangat segar dalam memperkukuh jentera parti, memperhebatkan usaha mendekati rakyat, dan memperkasa mesej perjuangan Bersatu dan Perikatan Nasional sebagai wadah politik rakyat.

“Bersatu Selangor juga komited memperhebat program penerangan dan komunikasi kepada rakyat bagi menyampaikan aspirasi dan idealisme perjuangan,” kata Azmin dalam kenyataan.

Terdahulu, Bersatu memecat keahlian Suhaimi, yang juga ketua bahagian Sepang, dan Shukor, ketua bahagian Puchong berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Lembaga Disiplin, Mohd Radzi Manan, dalam notis semalam, mengesahkan kedua-duanya dipecat kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.