3 ditahan sorok kokain RM2.4 juta dalam bungkusan ikan bilis, udang kering

3 ditahan sorok kokain RM2.4 juta dalam bungkusan ikan bilis, udang kering

AKPS berkata kokain diselindung dengan menutup bungkusan itu guna ikan bilis dan udang kering yang dibungkus secara vakum bagi mengaburi pengesanan.

handcuff
Tiga warga Jepun yang tiba dari Bangkok ditahan di KLIA pada 1.45 pagi semalam selepas pegawai AKPS menemui 12kg kokain dalam enam bagasi mereka. (Gambar Rawpixel)
PETALING JAYA:
Tiga warga Jepun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana menyeludup kokain bernilai RM2.4 juta dalam bungkusan berisi ikan bilis dan udang kering.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkata, dalam kejadian 1.45 pagi Selasa, pegawainya mengesan imej mencurigakan melalui mesin imbasan bagasi tiga lelaki yang tiba dari Bangkok, Thailand.

Menurutnya, pemeriksaan fizikal ke atas satu daripada enam bagasi dan beberapa beg galas menemui kokain yang diselindung dengan menutup bungkusan itu menggunakan ikan bilis serta udang kering yang dibungkus secara vakum bagi mengaburi pengesanan.

Ia berkata, hasil pemeriksaan enam bagasi itu menemui kokain seberat 12kg.

“Semua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kes diserahkan kepada Bahagian Narkotik Jabatan Kastam untuk siasatan lanjut,” katanya menurut Sinar Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.