
Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo, berkata pihaknya mendapat makluman kejadian berlaku kira-kira 7.48 malam Isnin.
“Anggota bertugas memaklumkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Konsesi Roadcare untuk penutupan jalan dan pemasangan tanda amaran.
“Kejadian berpunca daripada pergerakan runtuhan pada permukaan jalan. Ketika ini, jalan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa serta kerosakan dilaporkan dan pemantauan diteruskan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Sementara itu, JKR memaklumkan penutupan jalan itu bermula semalam hingga dimaklumkan kelak.
“Kerja penggantian pembetung menggunakan kaedah pemasangan paip menggunakan jek sedang dijalankan di lokasi dengan kemajuan tapak sebanyak 60%.”
Pengguna dinasihat menggunakan jalan alternatif Gua Musang-Sungai Asap-Bertam-Meranto-Jeli atau laluan Gua Musang-Sungai Sam-Jeli.