PN berjaya tembus kawasan sukar masuk, dakwa Saifuddin

PN berjaya tembus kawasan sukar masuk, dakwa Saifuddin

Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah dedah beliau sedang berkempen di Kampung Titingan dalam DUN Apas yang dulu sukar dimasuki.

Saifuddin Abdullah
Gambar Ahli Parlimen Saifuddin Abdullah sedang berkempen di Kampung Titingan. (Gambar X)
PETALING JAYA:
Jentera Perikatan Nasional berjaya menembusi kawasan di Sabah yang dahulunya sukar dimasuki, menurut seorang pemimpin yang berkempen bersama calon.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah berkongsi perkara tersebut selepas menyertai ceramah kelompok bersama Lim Ting Khai dari Bersatu, di Kampung Titingan dalam DUN Apas hari ini.

“Dulu kawasan ini PN tak dapat masuk. Kini ada perubahan!” katanya di platform X.

Pada PRN 2020, Bersatu menang di Apas dengan majoriti 2,049 undi, menerusi Nizam Abu Bakar Titingan yang memperoleh 6,252 undi, berbanding calon Warisan (4,203), dalam pertandingan 4 penjuru.

Nizam kemudian berhijrah ke Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Lim akan bersaing dengan Sarman Amat Simito (Warisan), Marsiah Omat (Parti Perpaduan Rakyat Sabah), Herman Amdas (Parti Impian Sabah), dan Elmiariezan Ardan (Barisan Nasional), bagi mencabar Nizam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.