SPRM cari Adam Radlan untuk bantu siasatan

SPRM cari Adam Radlan untuk bantu siasatan

SPRM bagaimanapun tidak menjelaskan siasatan yang memerlukan pembabitan Adam Radlan Adam Muhammad.

Adam Radlan
Pada 20 Ogos lalu, Adam Radlan Adam Muhammad dibebaskan daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram selepas membayar kompaun RM4.1 juta. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan alamat terakhir Adam ialah di A16-2 Sunway Pallazio, Jalan Sri Hartamas 3, Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Sharan Raj di talian 014-3560771 atau emel [email protected],” katanya.

SPRM bagaimanapun tidak menjelaskan siasatan yang memerlukan pembabitan Adam.

Pada 20 Ogos lalu, Adam dibebaskan daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram selepas membayar kompaun RM4.1 juta.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Sesyen selepas pendakwaan menerima surat representasi Adam mengikut Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Akta 613).

Adam sebelum ini berdepan beberapa pertuduhan, termasuk meminta dan menerima suapan berkaitan projek kerajaan bernilai RM47.8 juta, serta menerima suapan RM4.1 juta bagi membantu dua syarikat memperoleh projek Jana Wibawa.

Dia juga dituduh meminta RM2 juta sebagai upah untuk membantu mendapatkan projek sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya antara Mac 2021 hingga Januari 2023.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.