
Pada PRN lalu, Fairuz menewaskan Pandikar dengan majoriti tipis hanya 84 undi.
Beliau dijangka dipecat daripada Gagasan Rakyat, komponen utama GRS kerana parti itu telah menetapkan mana-mana ahli bertanding sebagai calon bebas akan dipecat serta-merta.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon lain turut bertanding ialah Tadzul Radim (Barisan Nasional), Awang Salleh Makmud (Perikatan Nasional), Abdullah Otong (Warisan), Raplin Samat (Parti Solidariti Tanah Airku) dan Almudin Kaida (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat).
Turut bertanding Lomog Rudin @ Efejus Rudin (Parti Impian Sabah), serta tiga calon bebas: Rizal Saiman, Tajuddin Padis dan Syarif Shukree Danchingan.