
PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor akan berdepan empat calon di kerusi DUN Sulaman pada PRN 29 Nov depan.
Selepas proses penamaan calon selesai, ketua menteri interim Sabah itu akan berdepan Dr Shahnon Rizal Thajuddin dari Barisan Nasional (BN), Mokhtar Hussin (Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).
Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sulaman Ibrahim Terki.
Pada PRN 2020, Hajiji menang di DUN Sulaman yang disandang sejak 1990 dengan majoriti 3,099 undi.