3 wanita antara 14 ditahan bantah perobohan di Kg Jalan Papan

3 wanita antara 14 ditahan bantah perobohan di Kg Jalan Papan

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata majoriti individu ditahan itu daripada NGO ekoran laporan dibuat pihak yang melaksanakan arahan perobohan.

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata mereka ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Sebelas lelaki dan tiga wanita ditahan setakat semalam susulan kekecohan yang tercetus ketika kerja perobohan di Kampung Jalan Papan Klang, Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata majoriti individu ditahan itu daripada badan bukan kerajaan (NGO) ekoran laporan dibuat pihak yang melaksanakan arahan perobohan berkenaan.

“Namun, semuanya telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan awal,” katanya selepas Majlis Perasmian Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di IPK Selangor.

Beliau berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Terdahulu, media melaporkan 11 ditahan, termasuk Timbalan Ketua Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan kerana membantah kerja perobohan itu.

Pagi tadi, Mahkamah Majistret Klang menolak permohonan polis untuk mereman 10 aktivis dan penduduk yang ditahan berhubung kerja perobohan di Kampung Jalan Papan.

Arutchelvan dilaporkan berkata, enam lagi ditahan hari ini, termasuk Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Chang Yee Shan dan penyelaras Suaram, Jernell Tan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.