Rahman tarik diri untik beri laluan kepada anak tempatan

Rahman tarik diri untik beri laluan kepada anak tempatan

Timbalan Ketua Umno Sabah, Abdul Rahman Dahlan, kata beliau akan terus membantu parti melalui kapasiti yang lain.

Dato' Abdul Rahman Dahla
Timbalan Ketua Umno Sabah, Abdul Rahman Dahlan, tarik diri daripada bertanding pada PRN Sabah ke-17. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Timbalan Ketua Umno Sabah, Abdul Rahman Dahlan, menarik diri daripada bertanding pada PRN Sabah kerana ingin memberi laluan kepada muka baru dan anak tempatan Kota Belud untuk mewakili parti di DUN Tempasuk.

“Saya percaya anak tempatan dari Umno Kota Belud akan dapat menggalas tanggungjawab ini dengan cemerlang.

“Sebagai ahli parti, saya akan terus membantu parti melalui kapasiti yang lain,” katanya yang juga ketua Umno Tuaran di Facebook.

Rahman berkata hasrat tidak meneruskan pencalonan untuk DUN Tempasuk dimaklumkan kepada Presiden Zahid Hamidi.

Ketuanya, Bung Moktar Radin, terdahulu berkata langkah tarik diri ini bukan sebab penolakan di DUN Tempasuk, selepas namanya diumumkan sebagai calon.

Kekosongan di Tempasuk akan diisi oleh Ketua Umno Kota Belud Azwan Norjan, kata Bung.

Sementara itu, Rahman menyifatkan DUN Tempasuk sebagai kawasan yang sentiasa memilih Umno.

“Saya telah bertanding tiga kali di Parlimen Kota Belud (2008, 2013 dan 2022). Dua kali menang dan sekali kalah. Dalam ketiga-tiga pertandingan itu, Umno tetap memenangi undi di DUN Tempasuk walaupun kalah di kerusi Parlimen,” katanya.

Hari ini Warisan mengumumkan Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis sebagai calon di kerusi terbabit.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pula menamakan penyandang Arsad Bistari.

Sebagai rekod, Arsad memenangi kerusi itu pada PRN 2020 atas tiket BN dengan majoriti 1,685 undi, namun berpihak kepada GRS selepas menyokong pentadbiran Hajiji Noor dalam Langkah Kinabalu pada Januari 2023.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.