
Beliau berkata, daripada jumlah peruntukan disemak semula sebanyak RM85.87 bilion untuk 9,524 projek, RM64.03 bilion sudah dibelanjakan, mewakili purata nasional 74.56%.
“Hanya 16 kementerian melepasi purata nasional, bermakna 11 kementerian belum mencapai tahap itu,” katanya pada Simposium dan Anugerah Pembangunan Negara di sini.
Shamsul menggesa semua ketua setiausaha kementerian mengadakan mesyuarat majlis tindakan pembangunan masing-masing seperti dijadualkan bawah Arahan No. 1 Tahun 2020.
“Saya turut meminta Jabatan Kerja Raya menyemak semula kaedah pelaksanaan projek fizikal supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan.”
Menurutnya, Belanjawan 2026 yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat tanpa meningkatkan hutang negara, di samping meletakkan asas kukuh bagi pertumbuhan ekonomi jangka panjang, inklusif dan mampan.