
Jordan berkata, tiada seorang pun wakil sayap Pemuda diberi peluang bertanding, berbeza dengan pengumuman Kitingan sebelum ini yang turut menamakannya sebagai calon DUN Tulid.
Namun, menerusi pengumuman hari ini, Evaritus Gungkit dinamakan sebagai calon STAR di kerusi terbabit.
Menurut Jordan, Kitingan sebelum ini menjanjikan kuota 30% kerusi DUN bagi orang muda tetapi pengumuman calon hari ini menunjukkan sebaliknya.
“Pendirian presiden tidak konsisten. Kalau saya sebagai ketua Pemuda pun boleh diumumkan secara terbuka dan kemudian ‘diprank’, bagaimana pula nasib orang bawahan?”
“Saya berkorban supaya presiden membuka mata dan tidak ulang kesilapan sama terhadap generasi muda akan datang,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Jordan turut mengumumkan beliau akan bertanding sebagai calon bebas di DUN Tulid.
Selain Jordan, Kitingan turut mengetepikan Timbalan Ketua Pemuda STAR Razzidin Robert yang sebelum ini diumum sebagai calon DUN Bingkor. Sebaliknya, STAR akan diwakili Mohd Ishak Ayub di kerusi tersebut.
STAR akan bertanding 40 kerusi pada PRN Sabah 29 Nov ini.