
Tetapi, beliau mengakui landskap politik sentiasa berubah dan sebarang kemungkinan boleh berlaku.
“Setakat ini tiada, tetapi politik ialah seni segala kemungkinan. Apa sahaja boleh berlaku dalam politik. Lawan boleh menjadi kawan, kawan boleh menjadi musuh dan sebagainya.
“Jadi, semuanya bergantung kepada apa yang berlaku di sekeliling kita dan dalam parti sendiri,” katanya menurut Sinar Harian dalam Majlis Gala Tahunan 2026 di Kota Kinabalu.
Tegasnya, hubungan beliau dengan bekas speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia baik dan tiada sebarang masalah.
Beliau berkata, tiada keperluan membentuk pakatan baharu buat masa ini, tetapi soal penyatuan politik perlu dilihat secara terbuka.
“Kita perlu melihat perkara itu secara terbuka. Namun apa manfaatnya, apa impaknya bukan sahaja kepada politik Sabah, tetapi juga ekonomi kita, perpaduan kita dan dasar-dasar yang ada, semuanya perlu diambil kira.
Rabu lalu, Pandikar Amin mengesahkan partinya meninggalkan GRS kerana tiada lagi keserasian dalam aspek pentadbiran dan dasar kerajaan, khasnya selepas PRN17.