
PETALING JAYA: Warisan telah memuktamadkan senarai calon untuk semua 73 kerusi DUN sempena PRN Sabah akan datang.
Perkembangan itu dimaklumkan Timbalan Presiden Darell Leiking, yang juga pengarah pilihan raya parti, dalam undangan kepada media ke majlis penyampaian watikah.
Majlis penyampaian watikah dijadualkan pada 10 pagi esok, di Kota Kinabalu.
Warisan menduduki 14 kerusi dalam DUN Sabah ke-16 yang bubar pada 6 Oktober lalu.
Seramai 1.78 juta pengundi berdaftar layak memilih wakil rakyat bagi membentuk kerajaan baharu Sabah pada 29 Nov. Penamaan calon akan diadakan pada 15 Nov.