Bekas jeneral Thai yang kritik saya bukan siapa-siapa, kata Anwar

Bekas jeneral Thai yang kritik saya bukan siapa-siapa, kata Anwar

Perdana menteri berkata, bekas pegawai tentera itu pemimpin sebuah parti yang 'tak pernah menang' pada pilihan raya di Thailand.

ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, ‘sangat tak cerdik’ layan komen seorang bekas jeneral tentera Thailand yang mengkritiknya berhubung perjanjian damai Thailand-Kemboja.
BUKIT MERTAJAM:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menepis kritikan seorang bekas jeneral tentera Thailand terhadap peranannya dalam perjanjian damai Thailand-Kemboja, menyifatkan individu itu ‘tidak pernah menang pun’ pada pilihan raya.

Anwar berkata, ‘sangat tidak cerdik’ untuk melayan komen bekas pegawai tentera itu.

“Orang tu macam (daripada) parti Pejuang (di negara dia), bertanding tak pernah menang,” katanya pada sebuah acara di Cherok Tok Kun hari ini.

“Bukan sahaja tak pernah menang (mana-mana kerusi), tapi hilang deposit, macam Pejuang.”

Dalam sebuah video, bekas ketua Stesen Radio dan Televisyen Tentera Diraja Thai (Channel 5) Rangsi Kitiyanasap menuduh Anwar menyebabkan kerugian ekonomi kepada Thailand melalui Perjanjian Damai Kuala Lumpur, mendakwa ia membenarkan campur tangan Amerika Syarikat dalam ekonomi Thailand.

Rangsi mengetuai Parti Ekonomi, sebuah parti sayap kanan yang tidak mempunyai perwakilan di Perhimpunan Kebangsaan Thailand.

Mengulas komen Rangsi, Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin memberitahu Dewan Rakyat pada Khamis, kerajaan tidak akan melayan kenyataan daripada individu yang tidak mempunyai sebarang ‘autoriti diplomatik’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.