
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata siasatan lanjut sedang dijalankan. Sebelum ini, kes tersebut dianggap sebagai mati mengejut.
Mangsa, dikenal pasti sebagai pempengaruh Taiwan Hsieh Yu-hsin atau Iris, dilaporkan bertemu penyanyi Namewee (nama sebenar Wee Meng Chee) di hotel tersebut pada 22 Oktober untuk membincangkan penggambaran video, sebelum ditemui mati dalam tab mandi.
Penukaran klasifikasi kes itu dibuat sehari selepas Fadil mengesahkan Namewee ditahan dan didakwa atas tuduhan memiliki dan mengambil dadah pada hari kejadian.
Polis menemui sembilan pil biru dipercayai ecstasy di bilik hotel berkenaan, manakala ujian air kencing mendapati beliau positif beberapa jenis dadah termasuk amphetamine dan ketamine.
Namewee mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.