11 ditahan bantu siasatan rusuhan bersenjata di Waterfront Miri

11 ditahan bantu siasatan rusuhan bersenjata di Waterfront Miri

Ketua Polis Miri Mohd Farhan Lee Abdullah, dalam kejadian kira-kira 2.05 pagi itu, seorang lelaki cedera.

handcuff
Ketua Polis Miri Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tangkapan dibuat susulan video berdurasi seminit tular di media sosial.
PETALING JAYA:
Polis menahan 11 lelaki berusia antara 16 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan kes rusuhan bersenjata di kawasan Waterfront Miri awal pagi semalam.

Ketua Polis Miri Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pelbagai jenis senjata turut dirampas untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324/148 Kanun Keseksaan.

Tangkapan dibuat susulan video berdurasi seminit tular di media sosial, memaparkan kejadian merusuh yang dikatakan berlaku selepas dua lelaki bergesel bahu.

Mohd Farhan berkata, dalam kejadian kira-kira 2.05 pagi itu, seorang lelaki cedera.

“Mangsa dirawat di Hospital Umum Miri dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan isu sensitif berkaitan kejadian itu menerusi media sosial.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi talian 085-433730 atau Zulaihka Mohd Anuar 010-7975445 untuk membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.