PN sudah lengkap, sedia ke Putrajaya PRU16, kata Muhyiddin

PN sudah lengkap, sedia ke Putrajaya PRU16, kata Muhyiddin

Pengerusi PN berkata gabungan itu lengkap kerana diwakili semua kaum.

muhyiddin yassin
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin ketika hadir Rumah Terbuka Deepavali MIPP.
PETALING JAYA:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata gabungan itu kini semakin kukuh dan bersedia kembali mentadbir Putrajaya pada PRU16.

Beliau yang juga presiden Bersatu berkata, PN kini diwakili semua kaum dan semakin ramai rakyat menunjukkan minat menyertai parti gabungan.

“PN kita telah lengkap diwakili semua kaum dan semakin hari semakin ramai orang menyertai PN,” katanya ketika berucap pada Rumah Terbuka Deepavali MIPP.

“Ini bukti sokongan orang ramai semakin kukuh dan tambah keyakinan kita untuk berdepan PRU16, sekali gus bantu PN kembali ke Putrajaya.”

Selain MIPP, PN turut dianggotai Bersatu, PAS, dan Gerakan.

Turut hadir, Setiausaha Agung PN Azmin Ali; Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin dan Faizal Azumu; Presiden MIPP P Punithan; Presiden Gerakan Dominic Lau dan wakil PAS yang juga Ahli Parlimen Kapar Halimah Ali; serta Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir.

Gabungan itu mentadbir Putrajaya pada 2020 bersama Barisan Nasional (BN) dan gabungan parti dari Sarawak serta Sabah diketuai Muhyiddin, selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menang PRU 2018 tumbang susulan Langkah Sheraton.

Namun, pentadbiran Muhyiddin di Putrajaya hanya bertahan 18 bulan selepas beberapa wakil rakyat Umno menarik sokongan terhadap perdana menteri kelapan serta kerajaan PN itu.

Ismail Sabri Yaakob menggantikannya dari Ogos 2021 hingga PRU15 berlangsung November 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.