

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Anuar Abd Rahman, berkata alamat terakhir Ong yang diketahui adalah di unit A-7-07 di kondominium Villa Tanjung di Jalan Villa Tanjung, Butterworth.
Dalam satu kenyataan, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes pembunuhan itu menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Norhaslina Rahmat di talian 04-5762222.
Mayat ejen insurans, Lee Boon Han, 31, ditemui dalam sebuah beg pakaian berhampiran blok flat di Jalan Permatang Pauh, Butterworth.
Mangsa ditemui bersama kesan tetakan di leher, manakala tangannya diikat dan kepalanya ditutup dengan plastik. Dia dilaporkan hilang pada 8 Okt selepas dikatakan pergi ke Perlis atas urusan kerja.
Sehingga kini, pihak polis sudah menahan dua lelaki dan dua wanita, berumur 24 hingga 32 tahun, untuk membantu siasatan. Mereka kini direman sehingga esok.