
Majistret Mohamad Azlan Basri mengeluarkan perintah terhadap dua pelajar lelaki berusia 15 tahun dari sebuah sekolah menengah di daerah ini, dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.
Berdasarkan tuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pelajar lelaki berusia 16 tahun di dewan sekolah pada 12.15 tengah hari, 21 Julai lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. Bagi pesalah bawah usia 18 tahun, hukuman boleh dikenakan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 sebagai langkah pemulihan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hazwani Md Nor manakala kedua-dua pelajar itu tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar sekolah menengah cedera di bahagian mata selepas dipercayai ditumbuk rakan sekolahnya sehingga menyebabkan lebam dan muntah.