Budak 6 tahun cedera di leher dipercayai dikelar

Budak 6 tahun cedera di leher dipercayai dikelar

Berdasarkan laporan ibu mangsa menyedari anaknya mengalami kecederaan di leher sebaik bangun tidur pagi tadi.

Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani
Ketua Polis Batu Pahat Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada ibu mangsa pada 9 pagi tadi. (Gambar Bernama)
BATU PAHAT:
Polis menjalankan siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera di leher dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam di Parit Raja, awal pagi tadi.

Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada ibu mangsa iaitu wanita tempatan berusia 40 tahun pada 9 pagi.

“Berdasarkan laporan, wanita itu menyedari anaknya mengalami kecederaan di leher sebaik sahaja dia tersedar daripada tidur pada 5.30 pagi di rumah mereka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata tajam.

Katanya, orang ramai dinasihat tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Terdahulu, tular gambar seorang kanak-kanak cedera di bahagian leher.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.