Rundingan kerusi PH–GRS di peringkat akhir, kata Saifuddin

Rundingan kerusi PH–GRS di peringkat akhir, kata Saifuddin

Setiausaha agung PH berkata minggu lalu beliau di Kota Kinabalu untuk pertemuan bersama wakil GRS dan sifatkan 'rundingan tidak berakhir dengan satu pusingan'.

saifuddin nasution
Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media selepas Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2025 di Hotel Marriot.
PUTRAJAYA:
Saifuddin Nasution Ismail berkata rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di peringkat akhir dan dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Setiausaha agung PH berkata, minggu lalu beliau berada di Kota Kinabalu untuk mengadakan pertemuan bersama wakil GRS dan menyifatkan ‘rundingan tidak berakhir dengan satu pusingan’.

“Jadi bila selesai nanti, saya akan maklum kepada rakan-rakan,” katanya dalam sidang media selepas Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2025 di Hotel Marriot.

Beliau mengulas perkembangan rundingan antara PH dan GRS menjelang PRN Sabah 29 Nov ini.

Pada 19 Okt lalu Pengerusi Barisan Nasional, Zahid Hamidi, berkata pihaknya dan PH memuktamadkan pembahagian kerusi bagi PRN itu supaya tiada pertembungan.

Sementara itu, ketika ditanya kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru antara BN-PH dan GRS, Saifuddin berkata masih terlalu awal untuknya membuat rumusan.

“Pramatang untuk saya andaikan benda itu. Saya hendak sebut, saya akan meneruskan rundingan kerusi, jika dalam sidang media hari ini, saya sudah sebut akan ada tiga penjuru, tak cantiklah..kan, itu pramatanglah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.