4 didakwa esok kes rogol, sebar video lucah

4 didakwa esok kes rogol, sebar video lucah

Tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sebuah sekolah menengah di Baling ditahan kerana disyaki terbabit rogol berkumpulan serta sebar bahan lucah.

Ahmad Salimi
Pemangku Ketua Polis Baling Ahmad Salimi Md Ali berkata pihaknya mendapat arahan pendakwaan suspek berusia 15 hingga 17 tahun itu daripada timbalan pendakwa raya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Empat remaja ditahan kerana disyaki terbabit rogol berkumpulan dan menyebarkan rakaman video seorang gadis 15 tahun akan didakwa di mahkamah esok.

Pemangku Ketua Polis Baling, Ahmad Salimi Md Ali, berkata pihaknya mendapat arahan pendakwaan suspek berusia 15 hingga 17 tahun itu daripada timbalan pendakwa raya.

Menurutnya, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai, terutama ibu bapa dan penjaga memantau kegiatan serta pergerakan anak-anak, khasnya remaja,” katanya menurut Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sebuah sekolah menengah di Baling ditahan selepas disyaki terbabit rogol berkumpulan serta menyebarkan bahan lucah.

Mereka ditahan susulan laporan pengadu berusia 53 tahun selepas dimaklumkan guru disiplin berhubung rakaman video tular anaknya berbogel.

Seorang daripada suspek 17 tahun itu disyaki teman lelaki mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.