
Menurut sumber, peruntukan wang zakat itu dipercayai diseleweng sebanyak RM120,000 kepada 28 pemohon tidak layak.
Perintah reman sehingga 22 Okt terhadap suspek dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhammad selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di IPD Dang Wang, pagi tadi.
Menurut sumber, suspek wanita lingkungan 30-an ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
“Siasatan awal juga mendapati suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM2,500 dan melakukan perbuatan itu pada Mac lalu.
“Suspek dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank syarikat miliknya,” katanya menurut Berita Harian.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib mengesahkan penahanan itu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.