YTL Construction terima anugerah keselamatan pekerja kendalian bangunan

YTL Construction terima anugerah keselamatan pekerja kendalian bangunan

Syarikat itu antara penerima Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan anjuran Kementerian Sumber Manusia.

Yeoh Keong Yuan (tengah) bersama kakitangan YTL Construction meraikan Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NKKP) 2025 bagi kategori pembinaan (kendalian bangunan).
PETALING JAYA:
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengiktiraf YTL Construction sebagai penerima Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NKKP) 2025 bagi kategori pembinaan (kendalian bangunan).

Anugerah itu disampaikan dalam Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2024 disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia Abdul Rahman Mohamad, malam tadi.

Pengarah Eksekutif YTL Construction Yeoh Keong Yuan berkata pengiktirafan itu bukti dedikasi pihaknya dalam menerapkan budaya kerja selamat dan sihat selaras prinsip syarikat ‘Building the Right Thing’.

“Anugerah ini mencerminkan usaha gigih seluruh pasukan YTL Construction dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa menjadi keutamaan di setiap projek kami.

“Kami berterima kasih kepada JKKP atas pengiktirafan ini,” katanya.

Majlis anjuran Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) melalui Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) serta JKKP ini mengiktiraf individu dan organisasi yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pelaksanaan sistem keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.